Iklan Nuffnang

Followers

Iklan

Kad Raya 2012


Sunday, 8 May 2011

Cinta buat Ibuku


Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempuh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cuma seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...

Sumber ini dipetik dari : http://www.iluvislam.com/

Selamat Hari Ibu


Credit picture : here



Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia. Terutama sekali kepada ibu Nur, Puan Hajjah Kasih Binti A. Shikor kerana bersusah payah mendidik dan membesarkan kami 7 beradik dengan penuh kasih sayang..Kaulah pertama hatiku.

p/s: Bila tiba Hari Ibu, perasaan sayu mengenang ibu mertua Nur yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2006. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah. Nur hanya sempat merasai kasih sayang dari arwah untuk tempoh masa setahun sahaja. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.



Wajib Mentaati Perintah Ibu Ayah selagi tidak Maksiat





Menyukai apa yg disukai ibubapa dan sebaliknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...